Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PERTANDINGAN KAWAD KAKI KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI

SMA BUKIT IBAM – Pertandingan Kawad Kaki dan Larian Lasak Karnival Kor Kadet Polis peringkat negeri Pahang 2019 telah diadakan pada 22-24 April 2019 bertempat di Dataran Temerloh, Pahang. Pertandingan ini bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 5 orang pelajar lelaki dan 1 orang pelajar perempuan telah menyertai pertandingan tersebut dan seorang pelajar dari SMA Bukit Ibam iaitu Mohd Haikal telah berjaya ke peringkat kebangsaan. Tahniah kepada semua ahli yang menyertai pertandingan tersebut dan terima kasih juga kepada juru latih yang membantu serta guru pengiring.Syabas diucapkan. 

Tag: kadet

0 komen

Sila berikan komen anda di sini