Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

CSR AL-IKHSAN SPORT

SMA BUKIT IBAM, 19 JUN 2019 -  Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd telah mengadakan “Program Pendidikan Keusahawanan (INSPIRE) Bersama Al-Ikhsan Sport”  secara percuma dibawah inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat di institusi/organisasi selama 2 jam kepada semua pelajar SMA Bukit Ibam. Program tersebut bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang di Dewan Al-Falah.  Tujuan utama program ini untuk membudayakan asas ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan. Seterusnya memberikan pendedahan secara eksklusif kejayaan pengikhtarafan Al-Ikhsan Sport sebagai The Biggest Sports Retailer in Malaysia. Seterusnya mengambil inspirasi formula dan tip kejayaan pengasas Al Ikhsan Sports. Al-Ikhsan Sport juga turut menyediakan pelbagai hadiah dan cenderahati melalui kuiz-kuiz semasa program tersebut berlangsung. Pihak sekolah juga menerima cenderahati daripada Al-Ikhsan Sport sebagai tanda kenangan.

Tag: csr

0 komen

Sila berikan komen anda di sini