Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

LADAP 1 : PENGURUSAN KEWANGAN OLEH BANK ISLAM

SMA BUKIT IBAM: Pada 15 Mei 2018 pihak Bank Islam telah mengadakan satu Taklimat  Pengurusan Kewangan di Bilik Mesyuarat SMA Bukit Ibam untuk guru-guru dan kakitangan sekolah. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pegawai Bank Islam Muadzam Shah iaitu Encik Shamsul Mamat. Menurut beliau guru-guru dan kakitangan sekolah perlu mengambil inisiatif untuk menambah pengetahuan mereka mengenai pengurusan kewangan dengan banyak membaca buku yang berkaitan bagi mendapatkan pengurusan kewangan yang baik. Semoga segala input yang telah diberikan memberi manfaat pada semua.

Tag: wang

0 komen

Sila berikan komen anda di sini