ANUGERAH KECEMERLANGAN UPT1 DAN PPT 2025
23 Jun 2025
Dataran Siti Khadijah, SMA Bukit Ibam
Anugerah Kecemerlangan UPT1 dan Pertengahan Tahun telah berlangsung pada 23 Jun , bertempat di Dataran Siti Khadijah. Majlis ini bertujuan untuk menghargai usaha dan pencapaian cemerlang para pelajar sepanjang tempoh penilaian UPT1 serta peperiksaan pertengahan tahun.

Pelajar telah menerima anugerah dalam pelbagai kategori, termasuk Cemerlang dalam tingkatan dan Cemerlang dalam setiap subjek. Majlis ini turut diserikan dengan penerimaan hadiah yang disampaikan oleh GPK Kurikulum dan Pentadbiran, Ustazah Norhaliza Binti Hashim berserta ucapan inspirasi kepada para pelajar dan guru.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan akan datang.
0 komen