Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Muadzam Shah, 21 September 2017- Satu majlis yang gilang-gemilang bagi menghargai jasa pejuang negara telah diadakan dalam majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Dewan Al-Falah Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah. Tema sambutan hari kemerdekaan kali ini ialah “Sehati Sejiwa”.
 
           Pada sambutan kali ini, pelbagai acara telah dipertandingkan seperti pertandingan nasyid dan lagu kebangsaan, pertandingan lakonan, pertandingan puisi dan sebagainya. Tujuan pertandingan ini dianjurkan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Semua pelajar telah mengambil peluang menyertai semua pertandingan yang dianjurkan dan menyambut baik Sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.
 
           Pihak sekolah berharap majlis Sambutan Hari Kemerdekaan kali ini,dapat menyedarkan semua pelajar tentang pentingnya erti kemerdekaan dalam kehidupan.Majlis diakhiri dengan persembahan mendeklamasikan sajak yang menyentuh kalbu oleh Cikgu Che Hasna dan  2 orang pelajar lelaki.

Tag: merdeka sambutan pertandingan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini