Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Program Motivasi Dan Kemahiran Belajar Pelajar- Pelajar Tingkatan 1 2017

Tarikh            :29  September 2017

Tempat            :Dewan al-Falah, SMA Bukit Ibam

Tajuk               :Program Motivasi Dan Kemahiran Belajar Pelajar- Pelajar Tingkatan 1 Siri II 2017

 

Seramai 109 orang (termasuk 106 orang pelajar, 2 orang urusetia dan 1 orang pemudahcara) telah terlibat dalam Program Motivasi Dan Kemahiran Belajar Pelajar- Pelajar Tingkatan 1 2017. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 sahaja. Objektif program ini adalah untuk membina sistem belajar yang berkesan sebelum, semasa dan selepas proses pembelajaran serta dapat menguasai teknik membaca efektif ketika mengulangkaji, mengambil dan membina nota dengan berkesan. Program ini berjaya memupuk semangat kekitaan dan juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi sesama sendiri. Program tetsebut telah di kendalikan oleh Encik Zuri bin Mas Hassan , Kaunselor dari SMK Bandar Tun Razak bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Semoga semua pelajar yang terlibat dapat memanfaatkan apa yang telah dipelajari.

Tag: motivasi belajar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini