Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SESI 2019

Pada 13 Disember 2018, SMA BUKIT IBAM telah menerima kemasukan seramai 52 orang. Walaupun keadaan hujan, pendaftaran berjalan dengan lancar dan sistem pembayaran atas talian juga berjalan dengan baik. Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 1 ke SMA BUKIT IBAM. Warga SMA BUKIT IBAM mengalu-alukan kedatangan putera dan puteri yang telah terpilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga SMA BUKIT IBAM. Diharapkan agar semua pelajar baharu tingkatan 1 dapat menyesuaikan diri serta berusaha dengan gigih untuk terus cemerlang.

Tag: tingkatan 1

0 komen

Sila berikan komen anda di sini