Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Papar Artikel

Mesyuarat Agung Kokurikulum SMA Bukit Ibam 2023

Pada hari rabu, 28 Mac 2023 Unit Kokurikulum SMABI telah mengadakan Mesyuarat Agung Kokurikulum yang melibatkan kesemua rumah-rumah sukan, unit-unit beruniform, Kelab-kelab dan persatuan serta sukan dan permainan sekolah. Mesyuarat telah dijalankan mengikut masa dan lokasi yang ditetapkan bermula dari pukul 11.40 pagi dan berakhir pada pukul 2.40 petang. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa masing-masing seterusnya membuat perancangan awal aktiviti tahunan dan...

Tag: mesyuarat

Papar Artikel

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Bersempena menyambut ketibaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak, SMA Bukit Ibam telah merancang untuk menjalankan Program Ihya’ Ramadhan sepanjang bulan ini. Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan telah diadakan pada hari Isnin, 27 Mac 2023 bertempat di Dataran Siti Khadijah. Antara aktiviti dan pengisian program ini adalah Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadhan, Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Jam'ie bersama warga SMABI, Iftar Jam'ie bersama ibu bapa dan penjaga, Mutaba'ah Amal, Risalah Ramadhan,...

Tag: ramadhan

Papar Artikel

HARI TERAKHIR PROGRAM ORIENTASI DAN SILATURRAHIM TINGKATAN 1

Hari ketiga dan terakhir Program Orientasi dimulakan dengan Solat Dhuha dan bacaan Maathurat di bawah bimbingan Ustaz Hafizuddin dan Ustazah Farzana. Program diteruskan dengan Ceramah Motivasi dan Kerohanian yang disampaikan oleh Ustaz Ridzuan Bin Ab Azih, Imam Masjid Keratong 5. Program diakhiri dengan Klinik Sukan anjuran Unit Kokurikulum SMABI dan Latihan Dalam Kumpulan anjuran Unit Pengurusan Asrama.

Tag: Orientasi

Papar Artikel

Program Orientasi dan Silaturrahim Tingkatan 1 2023

Unit HEM SMABI telah menganjurkan Program Orientasi dan Silaturrahim Tingkatan 1 pada 20 Mac sehingga 21 Mac bertempat di Surau Aspuri. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan persediaan diri kepada setiap pelajar agar boleh menyesuaikan diri dalam suasana persekitaran sekolah menengah khususnya SMA Bukit Ibam. Antara pengisian program ini adalah slot-slot bersama Puan Pengetua, PK Kurikulum dan Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit...

Tag: Orientasi