Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

BENGKEL PENGUKUHAN BAHASA ARAB TINGKATAN 1

Pada 21-23 September 2018, Pusat Bahsa Arab, Jabatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab telah mengadakan Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab yang  bertempat di  Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI). Peserta yang terlibat bagi menjayakan program ini ialah pelajar-pelajar tingkatan 1. 

Antara objektif diadakan bengkel ini adalah untuk mengoptimumkan penggunaan bahasa arab dikalangan pelajar demi membentuk suasana pengajaran yang menarik,meningkatkan pengetahuan berkaitan perkataan bahasa arab yang aktif,kreatif dan inovatif di samping dapat mengaplikasikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantara didalam sesi pengajaran dan pembelanjaran.Ia juga bertujuan menjana ilmu dan maklumat.

Sepanjang bengkel ini,para pelajar telah dihidangkan dengan  slot-slot yang telah disampaikan oleh urusetia PBA Kuliyyah Sultan Abu Bakar. Pada slot yang pertama Ustaz Saifultelah menyampaikan perkongsian yang bertajuk “Fe’el Madhi”. Pada pembentangan kedua pula,Ustazah Syuhada telah berkongsikan pengetahuan beliau dengan tajuk ” Fe’el Mudhori’”.Para peserta juga telah di dedahkan dengan permainan iaitu Dam Ular Dan Explorace. 

Majlis Penutupan dirasmikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Penaziran (JAIP), Ustazah Apidah binti Zakaria. Antara jemputan yang turut hadir ialah GPK Kurikulum ean Pentadbiran.Para peserta sangat gembira kerana dapat menyertai Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab kali ini dan mereka berharap bahawa program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Tag: arab

0 komen

Sila berikan komen anda di sini