Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MAJLIS TADARRUS AL-QURAN

Seperti biasa di bulan Ramadhan, pada setiap petang di bawah seliaan Badan Kerohanian Asrama dan BAKAT telah dijalankan aktiviti Tadarus Al-Quran bertempat di Surau al-Muttaqin dan Surau al-Ghazali Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Muadzam Shah. Kedua-dua surau  ini juga adalah merupakan lokasi bagi pelajar-pelajar menjalankan Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Aktiviti Tadarrus Al-Quran bermula pada jam 4.45 petang hingga  5.45 petang. Semoga bulan Ramadhan ini membawa seribu rahmat dan kebaikan untuk semua. 

Tag: tadarrus

0 komen

Sila berikan komen anda di sini