Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Pertandingan Taekwon Do Peringkat Negeri Pahang

MUADZAM SHAH – Kelab Taekwondo Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI)  memperoleh kemenangan besar apabila berjaya merangkul  21 pingat di Pertandingan Taekwon Do Peringkat Negeri Pahang bertempat di Politeknik, Muadzam Shah, Pahang baru-baru ini. 

Guru pengiringnya, Mohd Nazlin bin Mohd Nasir berkata, pasukannya berjaya membawa pulang empat pingat emas, enam perak dan sebelas  gangsa daripada kejohanan tersebut.

 “Kejayaan ini juga hasil kesungguhan semua pihak termasuk daripada peserta dan jurulatih yang bekerja keras,” katanya ketika ditemuramah.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI) , Encik Nasiruddin bin K.P Mohamed Yusof dan pihak sekolah kerana memberikan kepercayaan serta sokongan kuat kepada kelab selama ini.

“Saya berharap sokongan dan kepercayaan akan terus diberikan kepada kami supaya kami dapat meneruskan kecemerlangan ini,” katanya.

Tag: Taekwan Do

0 komen

Sila berikan komen anda di sini