Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Program Orientasi dan Silaturrahim Tingkatan 1 2023

Unit HEM SMABI telah menganjurkan Program Orientasi dan Silaturrahim Tingkatan 1 pada 20 Mac sehingga 21 Mac bertempat di Surau Aspuri. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan persediaan diri kepada setiap pelajar agar boleh menyesuaikan diri dalam suasana persekitaran sekolah menengah khususnya SMA Bukit Ibam. Antara pengisian program ini adalah slot-slot bersama Puan Pengetua, PK Kurikulum dan Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Pengurusan Asrama. Semoga Program Orientasi yang dijalankan ini dapat memberi kesan positif terhadap pelajar-pelajar baru dan membantu mereka menyesuaikan diri di SMABI.

Tag: Orientasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini