Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PASCA PEPERIKSAAN : AKTIVITI PENYEMBELIHAN

Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam telah  berjaya menganjurkan Kursus Program Sembelihan di sekolah baru-baru ini.Tujuan program itu diadakan bagi mendedahkan peserta dengan hukum, kaedah dan kemahiran asas mengenai penyembelihan. Peserta juga turut didedahkan dengan sesi soal jawab dan praktikal di mana pelajar perlu menyembelih ayam disediakan. Bilangan pelajar yang menyertai program tersebut adalah seramai 120 orang murid termasuk guru. Kursus ini juga penting untuk mengingatkan mereka betapa pentingnya soal penyembelihan di mana ia dikira soal fardu kifayah. Antara kelebihan program ini adalah menjadikan remaja berani berbakti kepada masyarakat melalui gerak kerja penyembelihan. Program seumpama ini perlu diteruskan dan ia wajar dilaksanakan oleh seluruh lapisan masyarakat tidak kira di bandar ataupun desa.

Tag: pasca

0 komen

Sila berikan komen anda di sini