
PENDAFTARAN RAYUAN PELAJAR TINGKATAN 1
SMA BUKIT IBAM - Sesi pendaftaran rayuan untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 telah bermula tepat jam 8.30 pagi. Ibubapa dan pelajar kelihatan bersemangat untuk mendaftarkan diri di SMA Bukit Ibam. Sebanyak 10 buah kaunter bayaran dan 3 buah kaunter dibuka bagi melancarkan pengurusan pendaftaran pada hari ini. Kaunter bayaran dan pendaftaran ditutup pada jam 12.30 petang. Semoga pelajar-pelajar yang baru mendaftar pada hari ini menjadi pelajar yang cemerlang gemilang dan terbilang.
0 komen