Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PERASMIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Perasmian Pelancaran Pusat Sumber Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam  telah dilakukan oleh Encik Nasiruddin bin K.P Mohamed Yusofl, Pengetua Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam  . Perasmian tersebut telah berlangsung  pada 12 Mac 2018 (Isnin) bertempat di Dataran Siti Khatijah Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam.

Pelancaran Pusat Sumber Sekolah adalah satu usaha melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat.

Seramai 450 orang pelajar dan guru-guru berkumpul di Dataran Siti Khatijah Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam  semasa majlis Perasmian Pelancaran Pusat Sumber Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam . 

Tag: sumber

0 komen

Sila berikan komen anda di sini