Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MOTIVASI : KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 1

SMA BUKIT IBAM - Satu program motivasi Kemahiran Belajar dengan kerjasama Alumni sekolah telah diadakan baru-baru ini di surau al Muttaqin untuk semua pelajar tingkatan 1. Program motivasi ini adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka. Di samping itu,  pihak Alumni juga memberikan motivasi untuk membakar semangat serta membimbing ke arah halatuju masa depan mereka dan memberikan pendedahan tentang cara pembelajaran yang berkesan. Semoga semua pelajar sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu di bumi SMA Bukit Ibam.



Tag: motivasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini