Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

LATIHAN KAWAD KARNIVAL KOR KADET POLIS

SMA BUKIT IBAM -Persatuan Unit Beruniform Kadet Polis memulakan latihan kawad kaki mereka bermula Isnin baru-baru ini untuk persediaan menghadapi pertandingan Kawad Kaki sempena Karnival Kor Kadet Polis pada tahun ini. Latihan kawad kaki pada hari ini dipimpin oleh jurulatih dari Balai Polis Bukit Ibam Konstabel Mohd Zulhilmi dan dipantau oleh Sarjan Husin. Kerjasama dan komitmen yang baik dari jurulatih ini diharap mampu mengapai impian untuk bergelar juara. Selain melatih ahli kadet polis, jurulatih dan pegawai polis yang terlibat juga memberi penekanan tentang disiplin yang harus diamalkan oleh ahli kadet polis. Latihan kawad kaki akan diadakan setiap hari bagi memantapkan persembahan pada tahun ini.Semoga latihan dan sokongan semua pihak pada kali ini mampu menaikkan lagi semangat Skuad Kadet Polis pada tahun ini untuk membuat persembahan yang terbaik.

Tag: Polis

0 komen

Sila berikan komen anda di sini