Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PENYAMPAIAN SIJIL KADET POLIS

SMA BUKIT IBAM - Majlis Penyampaian Hadiah Dan Sijil Penghargaan Kor Kadet Polis Sekolah peringkat Daerah telah diadakan di Dataran Siti Khatijah semasa perhimpunan pagi. Majlis penyampaian sijil telah disampaikan oleh Tuan Pengetua dan diiringi oleh GPK Kokurikulum. Sebelum majlis penyampaian hadiah dan sijil dimulakan, pasukan Kadet Polis sekolah telah membuat persembahan Kawad Kaki di hadapan Pengetua dan semua warga sekolah.Tahniah pada pasukan Kadet Polis sekolah dan tahniah pada peserta yang berjaya.

Tag: kadet

0 komen

Sila berikan komen anda di sini