Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR SMABI 2023/2024

Majlis Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar SMABI telah berlangsung pada 10 April 2023 bertempat di Dewan Al-Falah dengan bertemakan "Kepimpinan Berwibawa Pemangkin Generasi Cemerlang". Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua pelajar yang terpilih menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, kepimpinan asrama dan kelas. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Mohamad Faiz Bin Ismail. Diharapkan barisan kepimpinan pelajar
sesi 2023/2024 ini dapat meningkatkan tahap motivasi untuk menjalankan tugas dengan baik dan menjadi contoh kepada pelajar yang lain.

Tag: watikah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini