Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PROGRAM KESENIAN KHAT

SMA BUKIT IBAM  20 Februari 2018. - Unik dan menarik, keindahan seni khat tidak dapat dinafikan lagi dan khazanah seni tertua di dunia milik orang Islam itu perlu dipelihara. Demikian pendapat seorang pen­cinta seni khat, Ustaz Masnadi , yang meminati seni kaligrafi Islam itu sejak di bangku sekolah.

Beliau telah diundang ke sekolah untuk mengadakan bengkel Kesenian Khat kepada para pelajar. Menurutnya, dia mula menceburi penghasilan khat sejak dibangku sekolah menengah lagi dan keindahan seni kaligrafi Islam itu banyak memberi inspirasi kepadanya untuk lebih serius dalam bidang tersebut. Seni tulisan khat boleh dihasilkan dalam pelbagai motif dan apa yang menarik susunan perkataan yang digunakan dalam khat mempunyai maksud tersendiri.

Tag: khat

0 komen

Sila berikan komen anda di sini