Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

SAMBUTAN NUZUL AL- QURAN

ASRAMA PUTERA & ASRAMA PUTERI SMA BUKIT IBAM , 29 APRIL  2021 - Setiap tahun pada 17 Ramadan mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan berkumpul, mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat suci al-Quran beramai-ramai sempena Nuzul Quran. Pelbagai program termasuk ceramah agama biasanya diadakan di seluruh negara bagi mengenang kembali sejarah turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.

Bagaimanapun, tahun ini semuanya berbeza, dengan keadaan negara 'dibadai' COVID-19, pastinya perhimpunan ramai untuk menganjurkan kelaziman itu tidak boleh dilakukan. Ia berikutan negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung pandemik maut itu daripada terus menular.

Namun, situasi itu bukan alasan untuk pelajar sekolah ini tidak meraikan sambutan itu, sebaliknya ia diraikan dengan normal baharu, iaitu tadarus al-Quran dilakukan secara sendiri di bilik asrama masing-masing.

Tag: ibadat

0 komen

Sila berikan komen anda di sini