Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PROGRAM IHYA` RAMADHAN

DEWAN AL-FALAH SMA BUKIT IBAM , 09 APRIL  2021 - Program Ihya` Ramadhan telah diadakan sempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang mulia, penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Bulan ini disambut penuh meriah oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.
 
Bagi mereka yang mempunyai azam yang tinggi untuk merubah hidup, Ramadhan menjadi salah satu titik permulaan bagi mereka untuk membina diri dan keluarga yang lebih dekat dengan Allah S.W.T.
 
Ramadhan adalah merupakan madrasah tarbiyah ruhiyyah wa jasadiyah untuk mendidik dan membentuk diri menjadi mukmin sejati serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan satu tujuan agar diri menjadi hamba yang diredhai dan dicintai Allah serta selamat di dunia dan akhirat.  Justeru, pelbagai amalan sunat yang semestinya kita kerjakan tanpa meremehkan tuntutan fardhu.
 
Menyedari hakikat inilah, Bahagian Pendidikan JAIP, meneruskan kesinambungan tarbiyah dengan menyusun pelbagai pengisian di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Mudah-mudahan melalui penyertaan program seumpama ini, akan membuahkan hasil dan diterima sebagai amal ibadah di sisi Allah SWT.
 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda :
 
“ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah telah lepas. ”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 

Tag: ramadhan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini