Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PASCA PEPRIKSAAN : CERAMAH KESELAMATAN & KEBAKARAN

SMA BUKIT IBAM - Baru-baru ini pihak sekolah telah mengadakan Program Ceramah Keselamatan dan Latihan Kebakaran di Dewan An-Najah dan Asrama Lelaki. Objektif program ini adalah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar tentang kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran atau kecemasan. Program ini dikendalikan oleh 6 pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah. Pelajar  diberi taklimat tentang kebakaran dan teknik penggunaan alat pemadam api untuk menyelamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan. Selepas itu, pelajar diberi tunjuk ajar cara-cara penggunaan alat pemadam api sekiranya berlaku kebakaran.  Pelajar  dapat merasai sendiri dan mengambil pengalaman dalam penggunaan alat pemadam api. Pada sebelah malam pula, telah diadakan simulasi kebakaran oleh pegawai bomba bermula jam 10.30 malam.




Tag: pasca

0 komen

Sila berikan komen anda di sini