Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2,3,4 DAN 5

Pada 31 Disember 2016  ( Sabtu) satu sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar tingkatan 2,3,4, dan 5 telah diadakan di dewan an-Najah. Kaunter pendaftaran dan bayaran dibuka seawal jam 8.30 pagi dan berakhir  pada jam 1.00 petang. Setelah selesai pendaftaran pelajar-pelajar dibenarkan ke asrama untuk masuk ke bilik yang telah ditetapkan. Warga SMA Bukit Ibam mengucapkan ‘Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2017’. Bersiap sedialah untuk belajar dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada tahun yang baru ini. P&P akan bermula pada hari pertama persekolahan, maka semua pelajar digalakkan membawa buku teks atau buku latihan mengikut jadual kelas yang telah diberi oleh guru. Semoga dengan bermulanya sesi persekolahan yang baru ini, akan memberikan semangat yang kuat dalam menimba ilmu pengetahuan.

Tag: pendaftaran bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 3 4 dan 5

0 komen

Sila berikan komen anda di sini