Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PENGURUSAN MASA & KAEDAH MENGGUNAKAN MASA

SMA BUKIT IBAM: Pada 15 Mac 2018 seramai 108 pelajar dari tingkatan 2 SMA Bukit Ibam  telah berjaya mengikuti Program Pengurusan Masa & Kaedah Menggunakan Masa yang bertempat di surau al-Ghazali. Program telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. Ceramah telah disampaikan oleh Saudara Mohd Fayyad bin Azmi dan Saudara Hafiz Mustapar dari WFA Consultant and Training. Sepanjang program berlangsung, semua pelajar dilihat begitu konsisten dan memberi komitmen yang sepenuhnya serta bertenaga dalam setiap slot pegurusan masa dan kaedah menggunakan masa. Perkongsian ilmu dari Saudara Hafiz Mustapar juga membantu menaikkan semangat mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan bermanfaat. 

Tag: masa

0 komen

Sila berikan komen anda di sini