Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

LAWATAN PEMERIKSAAN KANTIN & DEWAN MAKAN

SMA BUKIT IBAM - 4 September 2019, pasukan pemantau yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Kesihatan daerah Rompin, hadir membuat pemeriksaan siri kedua ke atas Kantin dan Dewan Makan. Walaupun kehadiran pasukan ini  dalam keadaan mengejut, pihak sekolah termasuk pihak pengendali Kantin dan Dewan Makan sememangnya telah bersedia menerima kehadirannya pada bila-bila masa. Biarpun tidak mengetahui tarikh pemeriksaan tersebut apa yang terpamer dan tersedia di Kantin dan Dewan Makan pada hari ini sudah berada dalam keadaan baik.

Tag: lawatan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini