Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

Pada 25 Januari 2018, SMA Bukit Ibam telah menyertai perlawanan persahabatan dengan MRSM Muadzam Shah bagi beberapa acara sukan. Acara Sukan yang terlibat adalah bola sepak B, Bola tampar dan sepak takraw. Semua acara sukan berlangsung dalam kawasan MRSM Muadzam Shah. Pasukan bola sepak B dan sepak takraw telah meraih kemenangan dalam perlawanan persahabatan tersebut. Tujuan perlawanan persahabatan ini adalah sebagai persiapan untuk menyertai kejohanan MASISUPA 2018 peringkat zon yang akan diadakan di SMA Rompin.

Tag: persahabatan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini