Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PASCA PEPERIKSAAN : BENGKEL PENULISAN KHAT

Dalam menuju era zaman yang semakin moden, seni penulisan khat yang menjadi lambang keindahan Islam semakin lama semakin dilupakan. Sebagai satu usaha bersama memartabatkan kesenian khat ini, satu Bengkel Seni Khat untuk pelajar-pelajar dan guru telah diadakan di Surau al-Ghazali SMA Bukit Ibam. Didalam bengkel ini peserta akan mempelajari perkara asas dan kaedah-kaedah serta jenis-jenis penulisan khat islamik dengan baik.Antara objektif Bengkel Penulisan Seni Khat ini ialah memberikan pendedahan teknik dan kaedah yang betul bagi mereka yang pertama kali ingin mengenal dan mempelajari asas penulisan seni khat. Peserta dapat memperbaiki tulisan setelah diberikan pendedahan serta kaedah penulisan seni khat. ia juga bertujuan untuk memberikan semangat dan penghayatan kepada setiap peserta dalam menyintai penulisan seni khat dan jawi serta menghidupkan roh Islam melalui penulisan khat.
 

Tag: pasca

0 komen

Sila berikan komen anda di sini