HARI TERAKHIR PROGRAM ORIENTASI DAN SILATURRAHIM TINGKATAN 1
Hari ketiga dan terakhir Program Orientasi dimulakan dengan Solat Dhuha dan bacaan Maathurat di bawah bimbingan Ustaz Hafizuddin dan Ustazah Farzana. Program diteruskan dengan Ceramah Motivasi dan Kerohanian yang disampaikan oleh Ustaz Ridzuan Bin Ab Azih, Imam Masjid Keratong 5. Program diakhiri dengan Klinik Sukan anjuran Unit Kokurikulum SMABI dan Latihan Dalam Kumpulan anjuran Unit Pengurusan Asrama.
0 komen