Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Tag: "motivasi"

Papar Artikel

CERAMAH MOTIVASI TINGKATAN 1 & 2

SMA BUKIT IBAM - Seramai 109 orang telah terlibat dalam Program Motivasi Pelajar- Pelajar Tingkatan 1 & 2 2019. Objektif program ini adalah untuk menarik minat pelajar baru menimba ilmu di SMABI dan supaya para pelajar selesa sepanjang berada di sini. Program ini berjaya memupuk semangat kekitaan dan juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi sesama sendiri. Program tetsebut telah di kendalikan oleh Encik Mohd Syamiezy bin Sidek. Program bermula pada jam 8.00 pagi...

Tag: motivasi

Papar Artikel

CERAMAH MOTIVASI TINGKATAN 3,4 & 5

SMA BUKIT IBAM - Satu ceramah motivasi telah di sampaikan oleh Tripple X Consultant untuk pelajar peperiksaan PT3, SMA dan SPM. Matlamat program tersebut adalah untuk merangsang motivasi pelajar di awal tahun untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah. Ia juga bertujuan untuk membentuk pelajar yang beretika.dan melahirkan pelajar yang berkualiti. Program tersebut telah berlangsung selama 4 jam, bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 petang.

Tag: motivasi

Papar Artikel

MOTIVASI : KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 1

SMA BUKIT IBAM - Satu program motivasi Kemahiran Belajar dengan kerjasama Alumni sekolah telah diadakan baru-baru ini di surau al Muttaqin untuk semua pelajar tingkatan 1. Program motivasi ini adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka. Di samping itu,  pihak Alumni juga memberikan motivasi untuk membakar semangat serta membimbing ke arah halatuju masa depan mereka dan memberikan pendedahan tentang cara pembelajaran yang berkesan. Semoga semua pelajar sentiasa...

Tag: motivasi

Papar Artikel

MOTIVASI JURUS KECEMERLANGAN ADAB

SMA BUKIT IBAM. – Semua pelajar tingkatan 2, 3,4 & 5 telah mengikuti Program Motivasi Jurus Adab  di Surau Al-Ghazali SMA Bukit Ibam, di sini baru-baru ini. Program ini mendapat kerjasama dengan Tripple X Consultant yang bertujuan membimbing peserta tentang adab sopan dan budi pekerti mulia. Diharapkan melalui kem ini, peserta dapat melengkapkan diri dengan pengalaman baru mengenai adab sopan dan akhlak bersama rakan-rakan dan guru-guru.

 

Tag: motivasi