Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Majlis Pelancaran Program 4K SMABI 2023

Majlis Pelancaran Program 4K telah diadakan pada Hari Jumaat, 9 Jun 2023 di Dataran Siti Khadijah dan dirasmikan oleh GPK HEM, Ustaz Hasbullah Bin Ismail. Program 4K merupakan satu program yang merangkumi Keceriaan, Kebersihan, Keselamatan dan Kerohanian. Program ini bertujuan untuk mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang lebih kondusif, bersih, ceria dan selamat disamping dapat menambahkan penghayatan agama dikalangan warga SMABI.  Gotong-royong 4K Fasa 1 dimulakan sesudah tamat majlis pelancaran untuk guru-guru bersama para pelajar membersihkan kawasan sekolah.

Tag: 4k

0 komen

Sila berikan komen anda di sini