Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

HARI MUAFAKAT

SMA BUKIT IBAM - Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sekolah mengadakan Majlis Muafakat 2019. Program ini menemukan pentadbiran sekolah, PIBG dan ibu bapa dengan tujuan perbincangan bersama tentang strategi peningkatan akademik pelajar dan sumbangan ibu bapa dalam membantu menjayakan program-program yang dirancang pihak sekolah. Ibu bapa juga dapat memberi pandangan dan cadangan masing-masing selepas mendengar pembentangan program-program yang dilaksanakan di sekolah. Semoga apa yang telah dibincangkan dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar.

Tag: muafakat

0 komen

Sila berikan komen anda di sini