Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MAJLIS RESTU

Setiap kali menjelangnya musim peperiksaan akan diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat serta bersalaman dengan guru-guru sebagai salah satu usaha dan ikhtiar untuk pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun ini agar mereka beroleh kejayaan. Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat pada tahun ini telah diadakan pada pagi Jumaat 29.9.2017 bertempat di Surau Al-Ghazali SMA Bukit Ibam dengan kehadiran Pengetua SMA Bukit Ibam, En. Nasiruddin bin K.P Mohamed Yusof, PK Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum dan guru-guru. Majlis telah bermula pada jam 9.00 pagi. Sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas sambutan dari ibu bapa pelajar yang mengambil peperiksaan PT3, SMA dan SPM amatlah menggalakkan. Majlis dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zakaria Ansori bin Zainal Abidin. Imam solat Hajat, solat Dhuha dan bacaan Yaasin dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasbullah bin Ismail. Aturcara majlis adalah seperti biasa iaitu dimulai dengan bacaan Yaasin, Solat Dhuha dan solat Hajat serta ucapan aluan Pengetua dan YDP PIBG yang memberikan amanat terakhir sebelum pelajar menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada hari Isnin 9/10/2017 nanti. Majlis di akhiri dengan jamuan makan tengahari untuk semua ibu bapa yang hadir.

Tag: majlis restu smabi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini