Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PASCA PEPERIKSAAN : PROGRAM IKHTIAR HIDUP

Seramai 200 pelajar SMA Bukit Ibam mengikuti Program Ikhtiar Hidup di sekolah ini, baru-baru ini. Program ini diadakan untuk mendidik pelajar ke arah kepimpinan gemilang di samping memberi pendedahan asas perkhemahan serta pemantapan jati diri. Program ini mampu melahirkan pelajar serba boleh dalam pelbagai bidang, malah dengan kemahiran ini mereka mampu berdikari dan bekerjasama sesama mereka tanpa mengira agama atau bangsa. Program ini di kendalikan oleh Pegawai-pegawai dr Unit Komando Sekolah Tentera TUDM.

Bagi membina negara bangsa semangat perpaduan dan saling hormat-menghormati sesama lain perlu dipupuk, malah program berbentuk perkhemahan ini mampu merealisasikannya. Penyelaras perkhemahan, Cikgu Mohd Razly pula berkata, program ini berjaya mencapai objektif apabila mendapat respons serta kerjasama baik dari semua peserta dan warga pendidik. “Program ini berjaya membimbing pelajar dalam menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupan yang bermoral malah memberi peluang kepada peserta mengembangkan bakat kepimpinan yang terdapat pada diri mereka,” katanya.

Tag: pasca

0 komen

Sila berikan komen anda di sini