Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Tag: "Daftar"

Papar Artikel

PENDAFTARAN RAYUAN PELAJAR TINGKATAN 1

SMA BUKIT IBAM - Sesi pendaftaran rayuan untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 telah bermula tepat jam 8.30 pagi. Ibubapa dan pelajar kelihatan bersemangat untuk mendaftarkan diri di SMA Bukit Ibam. Sebanyak  10 buah kaunter bayaran dan 3 buah kaunter dibuka bagi melancarkan pengurusan pendaftaran pada hari ini. Kaunter bayaran dan pendaftaran ditutup pada jam 12.30 petang. Semoga pelajar-pelajar yang baru mendaftar pada hari ini menjadi pelajar yang cemerlang gemilang dan terbilang. 

Tag: Daftar

Papar Artikel

PENDAFTARAN ASRAMA PELAJAR TING 1

SMA BUKIT IBAM - Pada tarikh 1 Januari 2020, semua pelajar tingkatan 1 sesi 2020 yang telah mendaftarkan diri di SMA Bukit Ibam telah berjaya didaftarkan ke asrama untuk tempoh pembelajaran bagi tahun 2020. Semua pelajar tingkatan 1 telah sampai ke perkarangan asrama seawal jam 8.30 pagi walaupun kaunter pendaftaran bilik di asrama di buka pada jam 9.00 pagi.Secara keseluruhannya, sesi pendaftaran asrama pelajar tingkatan 1 pada tahun ini berjalan dengan lancar dan memuaskan.

Tag: Daftar

Papar Artikel

PENDAFTARAN PELAJAR TING 2-5

SMA BUKIT IBAM - Pada 31 Disember 2019  (Selasa) satu sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar tingkatan 2,3,4, dan 5 telah diadakan di dewan an-Najah. Kaunter pendaftaran dan bayaran dibuka seawal jam 8.30 pagi dan berakhir  pada jam 12.30 petang. Setelah selesai pendaftaran pelajar-pelajar dibenarkan ke asrama untuk masuk ke bilik yang telah ditetapkan. Warga SMA Bukit Ibam mengucapkan ‘Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2020`. Bersiap sedialah untuk belajar dan mencapai kejayaan yang...

Tag: Daftar

Papar Artikel

PENDAFTARAN RAYUAN TINGKATAN 1 2019

Sesi pendaftaran rayuan untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 telah bermula tepat jam 8.30 pagi. Walaupun keadaan hujan lebat, ibubapa dan pelajar bersemangat untuk mendaftarkan diri di SMA Bukit Ibam. Sebanyak  5 buah kaunter bayaran dan 2 buah kaunter dibuka bagi melancarkan pengurusan pendaftaran pada hari ini. Kaunter bayaran dan pendaftaran ditutup pada jam 1.30 petang. Semoga pelajar-pelajar yang baru mendaftar pada hari ini menjadi pelajar yang cemerlang gemilang dan terbilang. 

Tag: Daftar