Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

LADAP SIRI 1 : KENALI DIRI MINDA SEJAHTERA

DEWAN AL-FALAH SMA BUKIT IBAM , 08 APRIL  2021 - Pihak sekolah telah mengadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Dewan Al-Falah SMA Bukit Ibam untuk guru-guru dan kakitangan sekolah. LADAP yang bertajuk Kenali Diri Minda Sejahtera telah disampaikan oleh pegawai Kaunselor daerah Pekan iaitu Cik Bella. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut dijalankan. 
 
Menurut beliau Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental. Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat. Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO) 
 
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan menggunakan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan.(Adaptasi dari Kanada)
 
Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda selesa dengan diri sendiri, selesa dengan orang lain, selesa dengan persekitaran dan dapat memenuhi tuntutan kehidupan. Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik

Tag: ladap

0 komen

Sila berikan komen anda di sini