MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
SMA BUKIT IBAM , 31 OGOS 2021: Disambut dalam persekitaran norma baharu susulan pandemik COVID-19 buat tahun kedua, sambutan Hari Kebangsaan 2021 tetap menyerlahkan jiwa patriotisme yang jitu dalam semangat Keluarga Malaysia. Atur cara disusun rapi secara maya melalui pautan Google Meet dengan bertemakan pakaian tradisional Melayu. Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi.
#MalaysiaPrihatin#
TAHNIAH TASNIM
SMA BUKIT IBAM , 29 OGOS 2021:TAHNIAH diucapkan kepada Tasnim binti Sharafudin, pelajar tingkatan 4 yang telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Syarahan “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti” sempena Sambutan Maal Hijrah 1443H Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur anjuran Jabatan Agama Islam Pahang. Kemenangan anda, kebanggaan kami!
MAJLIS KHATAM QURAN ONLINE
DEWAN AL-FALAH SMA BUKIT IBAM , 7 MEI 2021- Majlis Khatam Al-Quran Online bagi tahun 1442H/2021M yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah diadakan di Dewan al-Falah. Majlis ini telah dihadiri oleh peserta tadarus yang diwakili oleh beberapa orang pelajar lelaki. Program ini rentetan daripada program Tadarus Al-Quran yang telah diadakan di sekolah dan asrama. Program ini telah bermula pada awal Ramadhan dan berakhir pada 5 Mei 2021. Pelaksanaan Program Tadarus...
MAJLIS KHATAM AL-QURAN ASRAMA
SURAU AL-MUTTAQIN & AL-GHAZALI SMA BUKIT IBAM , 6 MEI 2021–Majlis Iftar seperti lazimnya diadakan pada setiap tahun bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan bersama pelajar-pelajar asrama. Sepanjang bulan Ramadhan ini, pihak asrama mengadakan tadarrus Al-Quran dan solat Sunat Tarawih bagi pelajar-pelajar asrama. Majlis bertempat di Surau al-Muttaqin & al-Ghazali dan bermula jam 6:00 petang. Turut hadir bersama adalah warden-warden asrama. Seramai 20 orang pelajar lelaki dan...