Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MAJLIS MAKAN MALAM ASPURA 2018

Jawatankuasa asrama telah mengadakan majlis makan malam bagi meraikan pelajar-pelajar asrama sekolah ini. Majlis ini diadakan bertujuan meraikan para pelajar asrama dan memberi pengiktirafan kepada ahli jawatankuasa yang telah menjalankan tugas sepanjang tahun ini. Menurut Ketua Warden Asrama Cikgu Ahmad Zamzamin dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua para pelajar asrama yang telah memberi kerjasama baik dalam mematuhi peraturan asrama. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa asrama bagi tahun ini yang berkhidmat cemerlang bagi memastikan perjalanan asrama dengan aktiviti yang tersusun dan berkesan.Beliau juga dalam ucapan ringkasnya memberi jaminan bahawa pelajar yang cemerlang akan terus ditempatkan di dalam senarai pelajar yang layak menduduki asrama di tahun hadapan. Beliau juga berharap agar semua pelajar yang menduduki asrama mampu memberi tumpuan kepada pelajaran sepenuhnya. Majlis yang dihadiri guru sekolah ini turut diserikan dengan persembahan dari pelajar asrama.Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderamata kepada pelajar yang menjadi ahli jawatankuasa asrama tahun ini dan sesi bergambar.

Tag: makan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini