Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-21

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 hb April 2018 bersamaan hari Khamis bertempat di Dewan al-Falah SMA Bukit Ibam. Mesyuarat ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dengan kehadiran ibubapa dan penjaga seramai 278 orang. Mesyuarat ini juga telah dirasmikan oleh Datuk Mohamad Noor Abdul Rani, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di dalam majlis Anugerah Kurikulum 2017 yang diadakan selepas Mesyuarat Agung PIBG ke-21. Acara yang telah dijalankan adalah membentangkan minit mesyuarat dan kewangan, perlantikan AJK PIBG baru sesi 2018/ 2020, serta cabutan bertuah. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 tamat pada jam 10.45 pagi.

Tag: mesyuarat

0 komen

Sila berikan komen anda di sini