Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PROGRAM PASCA PEPERIKSAAN

Selepas peperiksaan akhir tahun, para pelajar akan hadir ke sekolah seperti biasa bagi menghabiskan sesi persekolahan. Oleh itu terdapat banyak program yang boleh dijalankan kepada pelajar sekolah. Aktiviti yang dirancang dengan baik dan menyeronokkan untuk pelajar dapat mengekalkan momentum pembelajaran mereka. Selain itu, dengan adanya aktiviti-aktiviti menarik dapat mengekalkan kehadiran pelajar ke sekolah walaupun peperiksaan telah berakhir.

Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak sekolah bagi mengisi masa pelajar-pelajar yang hadir ke sekolah selepas tamat peperiksaan akhir tahun dan. Jadual aktiviti telah dibuat bagi menjadikan aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan teratur. Antara aktiviti yang dirancang ialah aktiviti Penyembelihan, Pertandingan Reka CIpta, Ceramah Keselamatan Jalan Raya, Program Haji & Umrah, Ceramah Keselamatan, Bengkel Jawi, Bengkel Khat, Program Ikhtiar HIdup, Sambutan Maulidur Rasul, Gotong-royong Perdana dan Hari Pelaporan tingkatan 1 dan 2.

Semoga semua aktiviti yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancer dan baik serta memberi manfaat dan input yang berguna kepada semua pelajar di SMA Bukit Ibam.

Tag: pasca

0 komen

Sila berikan komen anda di sini