Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MAJLIS RESTU ILMU SPM, SMA & PT3 2018

MUADZAM SHAH - Sebagai satu pengisian minggu terakhir menjelang peperiksaan, Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI)  telah mengadakan Majlis Restu Ilmu SPM, SMA dan PT3 di sekolah pada 28 September 2018. GPK Kurikulum & Pentadbiran, Encik Nazarudin bin Bakar  telah menyampaikan amanat kepada semua calon SPM, SMA dan PT3 2018 agar menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang peperiksaan. Semua murid bermaafan dengan semua guru dan rakan-rakan masing-masing serta memohon agar dihalalkan ilmu yang dicurahkan.Ibu bapa turut dijemput hadir pada waktu pagi bermula jam 8.00 pagi untuk Program Munajat Dhuha, Solat Hajat dan bacaan Yaasin di Surau An-Ghazali, Majlis berkahir pada jam 11.30 pagi.

Tag: restu

0 komen

Sila berikan komen anda di sini