Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PASCA PEPERIKSAAN : PROGRAM UMRAH & HAJI

Alhamdulillah pada 13 November 2018 sekolah  telah berjaya menganjurkan Kursus Umrah Dan Haji bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 & 3 SMA Bukit Ibam. Antara tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar tentang umrah dan haji  Rasullullah s.a.w yg betul. Selain itu, ianya memberikan satu gambaran yang lebih jelas tentang amali dan ibadat haji dan umrah Rasulullah saw. Pihak sekolah telah telah menjemput Ustaz Abdul Rahman, Imam Masjid An-Nahdah juga seorang yang  berpengalaman mengendalikan urusan haji dan umrah. Beliau juga merupakan seorang mutawwif yang sangat berpengalaman dalam bidang ini dan sudah lama membawa jemaah haji dan umrah ke tanah suci. Semoga pelajar-pelajar dapat menimba pengalaman manis ini sebaik mungkin dan seterusnya dapat mengamalkannya suatu hari nanti jika diizinkan Allah untuk menunaikan haji dan umarah di tanah suci Makkah. 

Tag: pasca

0 komen

Sila berikan komen anda di sini