Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

PROGRAM TAHBIB LUGHAH 'ARABIYYAH (KUIPSAS-SMABI)

Tahbib Lughah bermaksud 'memupuk rasa cinta' kepada Bahasa Arab. Seramai 2 orang pensyarah Arab bersama al-Fadhil Ustaz Asmadi dari Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) telah menjalankan satu program khas dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab SMA Bukit Ibam(SMABI) bagi semua pelajar tingkatan 2 pada 29 September 2018 . Program tersebut bertujuan menarik minat pelajar terhadap pelajaran Bahasa Arab. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Perbualan Seharian dan aktiviti berkumpulan.Program tersebut bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.Semoga program yang telah dijalankan dapat menarik minat pelajar untuk terus bertutur menggunakan bahasa Arab.

Tag: arab

0 komen

Sila berikan komen anda di sini