Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

AMANAT PENGETUA

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita dapat bersua lagi pada tahun ini untuk meneruskan perjuangan kita dalam arena pendidikan. Sesungguhnya, ruang dan peluang yang Allah takdirkan kita sebagai guru ini akan menjadi laluan ke Jannah nanti.
 
Sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan untuk membangunkan dan mengembangkan potensi pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap individu memiliki potensi yang tersendiri. Potensi yang menjadi anugerah Tuhan ini boleh dibangunkan dan dikembangkan ke tahap maksimum melalui program-program kurikulum dan kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian yang aktif dalam setiap program yang disediakan oleh guru agar potensi pelajar yang dimiliki dapat dimaksimumkan dan dapat membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. 
 
Inisiatif Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 adalah keutamaan kita. Kejayaannya diukur bukan sekadar kepada pencapaian pelajar sahaja tetapi juga lebih kepada kemenjadian pelajar, selaras dengan enam aspirasi pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Kemenjadian pelajar kini dilihat dari perspektif yang lebih luas, holistik dan pragmatik. Kita yakin, anak-anak yang dilahirkan kesan daripada Pembelajaran Abad 21 ini lebih berdaya saing dan menjadi tonggak pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan negara dalam era TN50 nanti. Justeru, kemenjadian pelajar inilah akan menjadi agenda utama sekolah kita.
 
Marilah kita bersama menyahut cabaran ini dengan bertungkus-lumus menyumbang tenaga dan usaha yang berterusan dalam membangunkan sekolah yang kita cintai ini. Bagi merealisasikan impian ini semestinyalah kita berusaha membentuk satu pasukan guru dan kakitangan yang berdedikasi, progresif dan dinamik di samping barisan pengurusan yang cekap dalam merangka dan melaksanakan perancangan yang telah dibuat. Perlulah kita meneruskan agenda yang masih belum selesai di samping menambahbaik usaha-usaha yang telah menzahirkan kejayaan bermakna. Ingatlah, bersatu itu suatu permulaan, terus bersatu itu suatu kemajuan dan bekerjasama itu suatu kejayaan. Kita amat berharap agar pengurusan semua bidang pada tahun ini lebih baik. Besarlah harapan kita untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang akademiknya tanpa sedikit pun mengenepikan akhlak dan budi pekerti sebagai persediaan menghadapi cabaran pasca persekolahan . Akhir kalam, marilah sama-sama kita menyemai usaha dan cita demi membuahkan hasil yang melapangkan dada bila tiba masa tuaiannya nanti, In shaa Allah, keikhlasan yang kita hulurkan, keberkatan pula akan kita galas. Semoga usaha dan keikhlasan ini direstui oleh Allah S.W.T.
 
                 “Strive For Excellence”
(NASIRUDDIN BIN K.P MOHAMED YUSOF  A.A.P , A.M.P)
Pengetua.
SMA Bukit Ibam
 

 

 

 

 

 

 


SEJARAH SEKOLAH

Latar belakang Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

Pada tahun 1986 Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) telah mengambil alih sebuah bangunan yang asalnya merupakan pejabat pentadbiran DARA untuk dijadikan sebuah sekolah dengan nama Sekolah Menengah Ugama Muadzam Shah (Perempuan), Bukit Ibam.

Sekolah ini diasaskan pada tanggal 6 Januari 1986. Pengasas penubuhan sekolah ini adalah Ustaz Salehuddin Bin Mat Lela yang bertanggungjawab menjadi pengetua, warden asrama, pengawal keselamatan serta pereka lencana sekolah yang diguna pakai sehingga ke hari ini.

Pada sesi pertama pembukaan sekolah ini, pelajar yang mendaftar hanya seramai 44 orang lajar pperempuan. Walau bagaimana pun selepas 2 bulan berikutnya, seramai 39 orang pelajar lelaki didaftarkan memasuki sekolah ini atas sebab-sebab tertentu menjadikan jumlah keseluruhan pelajar seramai 83 orang. Kesemua pelajar ini diletakkan di dalam kelas peralihan.

Setiap pelajar yang memasuki sekolah ini adalah pelajar-pelajar yang benar-benar layak di mana mereka yang terpilih perlu melepasi ujian dan temuduga yang dijalankan oleh pihak JAIP. Pada ketika itu pegawai yang terlibat untuk menjalankan sesi ujian dan temuduga ialah Ustaz Ahamad Bustami Bin Mohd Yusof iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIP yang dikenali sebagai nazir Sekolah Menengah Agama.

 

Maksud disebalik Bentuk,Warna dan Perkataan di Logo Sekolah 

Bentuk/Lambang pada logo sekolah.
 
Al-Quran    : Melambangkan Panduan Umat Islam

Tali             : Melambangkan Ikatan Ukhwah Persaudaraan Islam

Pena          : Melambangkan Pusat Pembelajaran

 
Kata-kata pada Logo Sekolah

Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias                                                     : Melambangkan sumber rujukan Islam
Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Pahang Darul Makmur     : Nama sekolah dalam TulisanJawi. 
6 Haribulan Januari 1986 bersamaan 25 Rabiulakhir 1408 Hijrah : Tarikh Pembukaan Sekolah.    

Slogan bermaksud   :Jadilah kamu orang yang mengetahui dan mengajar orang lain kerana Allah.

Warna

Biru                        : Melambangkan aktiviti perlombongan yang terkenal dikawasan ini.
Hijau                      : Melambangkan persekitaran sekolah yang dikelilingi dengan kehijauan.
Jingga                    : Melambangkan kekayaan hasil bumi dan bahan galian serta permukaan asal 
                                muka bumi yang berbatu
Putih & Hitam     : Warna bendera Negeri Pahang

 
Kronologi Perkembangan infrastruktur dan Sistem sekolah

1986   
:3 kelas peralihan diwujudkan iaitu kelas Bukhari, Muslim Dan Tarmizi 

:Jumlah guru yang mengajar adalah 3 orang iaitu Ustaz Salehuddin bin Mat Lela, isterinya Cikgu Selamah Binti Hitam serta Allahyarham Ustaz Abdul Hamid Bin Jamal. 

:Mata pelajaran yang diajar adalah sama seperti matapelajaran yang telah dimansuhkan iaitu Muhadasah dan Qir’ah 

:Antara Sistem pembelajaran yang dipraktikkan pada tahun ini adalah pelajar kelas peralihan yang lulus peperiksaan akhir tahun (85% markah ke atas) layak memasuki terus ke tingkatan 2. (Namun sistem ini dihapuskan pada penghujung tahun 1995).

1987   
:En. Amiruddin Bin Wahab telah ditugaskan sebagai guru di sekolah ini sekaligus meningkatkan jumlah tenaga pengajar sekolah kepada 4 orang.

1988    
:Jumlah tenaga pengajar meningkat kepada 13 orang.

1989   
:Pelajar tingkatan 3 pada tahun ini adalah merupakan pelajar pertama sekolah ini yang mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Rendah Agama (SRA). 

:Sebuah bangunan baru (sekarang bangunan Dewan Al-Falah) dibina oleh banduan pusat serenti Merchong untuk dijadikan kelas supaya lebih selesa. 

:Bilik mesyuarat dan bilik ERT dibina. (Pada hari ini bangunan tersebut dijadikan bilik Multimedia / Tayangan dan Makmal Sains). 

:Bangunan untuk pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) telah dibina.

1990    
:Bermula pada tahun ini memandangkan sekolah ini tidak menawarkan pengajaran bagi menengah atas, semua pelajar lepasan SRP dihantar ke SMA Chenor, SMA Rompin, SMA Maran, Maahad Jengka dan SMA Tengku Ampuan Fatimah, Pekan.

1993    
:Nama sekolah secara rasminya diubah menjadi Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI).

1996    
:Bangunan baru empat tingkat dibina dan pentadbiran sekolah dipindahkan separuh ke bangunan tersebut.

2001    
:Tingkatan 4 ditawarkan semasa di bawah pentadbiran Pengetua Cikgu Nasiruddin Bin KP Mohamed Yusof. Kumpulan pelajar tingkatan 4 pada tahun ini merupakan kumpulan pertama yang mengambil peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di sekolah ini.

2002    
:Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditawarkan di sekolah ini.

         
Kronologi Perkembangan Infrastruktur Asrama

1986    
:Asrama bagi pelajar lelaki dan perempuan pada awalnya ditempatkan di sebuah bangunan yang berasal daripada sebuah kelab malam bagi golongan elit perlombongan. Bangunan tersebut tidak dapat dilihat lagi pada hari ini kerana telah dirobohkan pada bulan Mac 1986. 

:Pelajar perempuan dipindahkan ke rumah-rumah sewa DARA (sudah dirobohkan pada tahun 2010) yang dijadikan asrama puteri.

1987   
:Pelajar lelaki dipecahkan kepada dua kumpulan penempatan iaitu pelajar peralihan dikekalkan di bangunan asal sementara pelajar tingkatan 1 pula dipindahkan ke bangunan JKR.

1988    
:Sebahagian pelajar lelaki dipindahkan ke bangunan pejabat DARA.

1989    
:Dewan makan untuk pelajar lelaki dibina.

1990    
:Asrama pelajar lelaki kembali seperti sebelumnya iaitu di bangunan asal dan bangunan JKR-AIR.

1994    
:Bangunan asrama lelaki dibina. 

:Asrama pelajar perempuan telah ditambah dengan terbinanya sebuah bangunan yang memuatkan dorm untuk penginapan pelajar.

1995    
:Bangunan asrama yang pertama dirobohkan.

1996    
:Bangunan asrama di JKR-AIR juga telah dirobohkan dan diganti dengan perpustakaan awam pejabat Teras DARA Konsertium (TDK) seperti yang dapat dilihat pada hari ini.

1997    
:JAIP menyediakan tiga buah rumah yang dibeli daripada pihak DARA untuk dijadikan kuaters untuk rumah pengetua, GPK1 dan GPK2 serta dua rumah berkembar untuk tempat penginapan guru.

2001    
:Surau asrama dibina dan dirasmikan setelah setahun selepas anugerah Dato’ Hassan bin Ariffin yang merupakan ADUN Bukit Ibam.

2006    
:Bangunan Asrama Puteri (Aspuri) yang baru setinggi empat tingkat telah dibina berhampiran dengan bangunan pentadbiran.

2010    
:Bangunan Aspuri Lama (rumah-rumah DARA) dirobohkan.

2013    
:Surau Aspuri (Surau Al-Ghazali) siap dibina dan digunakan sehingga ke hari ini.

2016    
:Bangunan asrama lelaki empat tingkat siap dibina di tapak bangunan aspuri lama. Bangunan ini mula digunakan pada Bulan Julai 2016.

 

Senarai Pengetua SMA Bukit Ibam

1.      Ustaz Salehuddin Bin Mat Lela (Bermula 1986 hingga 1996)
 
2.      Cikgu Nasiruddin Bin K.P Mohamed Yusof (Bermula 1996 hingga 2002)
 
3.      Ustazah Siti Khatijah Binti Shaikh Zahari (Bermula 2002 hingga 2011)
 
4.      Cikgu Nasiruddin Bin K.P Mohamed Yusof (Bermula 2011 hingga sekarang)
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SENARAI GURU & KAKITANGAN

 SENARAI GURU & KAKITANGAN SEK. MEN. (A) BUKIT IBAM TAHUN 2019

GURU JAIP
 
  1. EN. NASIRUDDIN B. K.P MOHAMED YUSOF A.A.P, A.M.P
  2. EN. NAZARUDDIN B. BAKAR
  3. EN. AHMAD ZAMZAMIN B. MOHAMED MOHIDIN
  4. EN. MOHD NAJIB B. JAAFAR
  5. PN. NOR SUHADAH BT. MOHD TOKIRAN
  6. EN. MOHD HASBULLAH B. ISMAIL
  7. PN. WAN AINA MARDHIAH BT. MOHD NASIR
  8. C. QARMILA FARHAH BT. MOHD TOHID
  9. PN. IZAN BT. MERAH
  10. PN. SITI NOR HAFIZA BT. MOHD NOR AFANDI
  11. PN. NOOR NAIN BT. MUSTAFAR
  12. PN. ZANARIAH BT. AWANG
 
GURU KPM
 
  1. PN. CHE HASNA BT ISMAIL
  2. PN. AZURA BT. GHAZALI
  3. EN. MOHD RAZLY B. ABD RAZAMAN
  4. PN. NORIZAH BT. BUKHARI
  5. PN. MAZLINDA BT. ABD KASIM
  6. C. NURUL SYAHIDA BT. ABD JALIL
  7. PN. JULIANA BT. JAMALUDIN

 GURU MAIP
 
  1. PN. ROSNAH BT. AMAT ZAINAL
  2. C. HAYATUL NABIHAH BT. MOHD NASIR
 
GURU ASPA
 
  1. EN. MOHD ZUHAILI B. KAMARIDIN
  2. EN. MOHAMAD ANUAR B. ZAFIRU
  3. EN. MOHD ZAKI B. ABD SAMAD
  4. EN. MOHD NAZLIN B. MOHD NASIR
  5. EN. ZAKARIA ANSORI B. ZAINAL ABIDIN
  6. PN. NORAZLINA BT. ALI
  7. PN. SUHAILA BT. MOHAMED
  8. PN. ARFAH NOR BT. ABD RANI
  9. PN. MARLIANA BT. MAHUSIN
  10. PN. NUR HAZIMAH BT. HANEDAN
  11. PN. SITI NOORAZIAN BT. ISMAIL
  12. PN. NADIANABILA BT. ZAINUDIN
  13. WALID WAHDAN HAMED SHAHIN

  
GURU AL-QURAN
 
  1. PN. ROPINA BT. KADIR
  2. PN. SURIYATI BT. ABD MAJID
  3. PN. SAZLINA BT. ABU BAKAR
  4. PN. NUR HUDA BT. ZULKIFLI
  5. PN. NOR HANISAH BT. CHE AHMAD
  6. NURUL SHALINA NOOR BT. ABDUL  LATIF
 
 KAKITANGAN SEKOLAH

  1. NUR AIN BT. MAT YAMAN
  2. PN. AIZAR BT. AB. AZID
  3. EN. SHEIKH MOHD SHAMSURI B. SH. ABDUL AZIZ
  4. EN.MUHAMMAD AIZUDDIN B. ABDULLAH
  5. EN. KHAIRUL HAZWAN B. KAMARUDZAMAN
  6. EN. MOHD AIZAL B. ABD KARIM
  7. EN. SAMULRIA B. ABD RAHMAN
 

 

VISI DAN MISI

VISI

Sma Bukit Ibam akan menjadi sebuah sekolah yang berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek pendidikan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dalam bidang akademik dan akhlak dengan memperkembangkan potensi setiap warga sekolah mengikut kelebihan individu ke arah kecemerlangan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.


MISI

Melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah mulia.