Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Bersempena menyambut ketibaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak, SMA Bukit Ibam telah merancang untuk menjalankan Program Ihya’ Ramadhan sepanjang bulan ini. Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan telah diadakan pada hari Isnin, 27 Mac 2023 bertempat di Dataran Siti Khadijah. Antara aktiviti dan pengisian program ini adalah Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadhan, Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Jam'ie bersama warga SMABI, Iftar Jam'ie bersama ibu bapa dan penjaga, Mutaba'ah Amal, Risalah Ramadhan, Qiamullail dan Tabung Kasih Ramadhan. Diharapkan melalui Program Ihya’ Ramadhan ini dapat memberi kesan dan penghayatan Ramadhan yang mendalam kepada semua pelajar dan warga SMABI.

Tag: ramadhan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini