Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

DESTINY GENERASIKU 2018

Unit Bimbingan Kaunseling dan Alumni  telah menjalankan Minggu Orientasi yang diberi nama “Destiny Generasiku” selama 5 hari di sekolah yang bertujuan memperkenalkan SMA Bukit Ibam dengan lebih dekat kepada pelajar tingkatan 1. Pelbagai aktiviti yang menarik dan memberi manfaat kepada pelajar telah dirancang bagi memupuk semangat dan kecintaan terhadap sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Human Bingo, Explore SMABI, LDK, Taklimat dari pihak sekolah, Team Building, Duniamu Bukan Duniaku, Aku Hamba Aku Pemimpin, Baiki Diri dan Bina Potensi serta Pengurusan Diri Di Asrama. Antara unit-unit yang terlibat memberi taklimat ialah HEM, Ko-Kurikulum dan Unit Displin. Penutupan Minggu Orientasi dilakukan di perhimpunan pagi dengan lafaz ikrar dari pelajar-pelajar tingkatan 1. Semoga semua pelajar tingkatan 1 sentiasa bersemangat dalam mengharungi proses pembelajaran di SMA Bukit Ibam. 


Tag: Orientasi destiny pelajar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini