Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

NISFU SYA`BAN MALAM DIBERKATI

Perbahasan berhubung adakah sambutan malam Nisfu Sya’ban merupakan suatu bidaah yang ditegah atau dibolehkan sering menjadi perbualan di kalangan masyarakat. Ianya berlaku apabila ada sekelompok penceramah yang mengecam berhubung sambutan ini sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Kebiasaannya pada malam tersebut masyarakat akan berkumpul di masjid untuk mengadakan bacaan Yasin dan seumpamanya. Mufti Mesir, Sheikh Prof. Dr. Ali Juma’ah Muhammad telah ditanya berhubung menyambut Nisfu Sya’ban dan malam-malam keagamaan dengan mengadakan bacaan Yasin, ceramah dan berpuasa pada keesokan harinya. Beliau menjawab seperti mana yang dimuatkan di laman web Darul Ifta al-Misriyyah iaitu " Malam Nisfu Sya’ban adalah malam yang diberkati. Kelebihannya disebut oleh banyak hadis yang saling menguatkan antara satu sama lain mengangkat darjahnya kepada hasan dan kuat. Oleh itu, memberi perhatian kepada malam itu dan menghidupkannya merupakan tanda kecintaan kepada agama tanpa diragui lagi. Ini setelah kita mengenepikan hadis-hadis yang dhaif atau maudhuk berkenaan kelebihan malam tersebut." Ekoran daripada itu, Badan Kerohanian Asrama telah mengadakan bacaan Yaasin di Surau al-Muttaqin. 

Tag: berkati

0 komen

Sila berikan komen anda di sini