Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

SELAMAT HARI GURU CIKGU

SMA BUKIT IBAM - " Selamat Hari Guru Cikgu ". Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei tetap disambut bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru, walaupun negara masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan tema "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu". Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, sambutan pada tahun ini berbeza dengan tahun sebelum ini, sambutan pada tahun ini akan menjurus kepada program yang diadakan secara dalam talian termasuk di media sosial. Beliau juga menyatakan konsep cinta dan berguru dengan ilmu perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar, supaya mereka sentiasa mencari ilmu tanpa perlu disuruh dan bukan hanya bertujuan untuk lulus peperiksaan.

Tag: guru

0 komen

Sila berikan komen anda di sini