Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam

AMAN PALESTIN

SMA BUKIT IBAM –  Pada 15 April 2019 SMA Bukit Ibam telah menganjurkan Ceramah Aman Palestin.dan telah menjemput jurucakap kepada Aman Palestin Malaysia; Ustaz Helmi dari Kuantan. Program ini telah dihadiri oleh guru-guru dan semua pelajar. Tujuan utama ceramah ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang nasib orang muslim di Palestin dan juga Syria. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini dapat sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada kita yang berada di bumi yang aman seperti Malaysia dan sentiasa prihatin tentang nasib penduduk negara-negara yang telah ditindas. Akhir sekali, ceramah ini telah diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati yang telah disampaikan oleh Setiausaha Pentadbiran dan Kurukulum, iaitu Puan  Norshuhada binti Mohd Tokiran.

Tag: Palestin

0 komen

Sila berikan komen anda di sini