MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN SEKOLAH SESI 2026
20 Januari 2026
Dewan Al-Falah SMA Bukit Ibam
Majlis Watikah Pelantikan Kepimpinan Sekolah telah berlangsung dengan lancar pada 20 Januari 2026 bertempat di Dewan Al-Falah SMA Bukit Ibam. Majlis ini diadakan bagi melantik barisan kepimpinan murid bagi sesi 2026.

Penyampaian watikah pelantikan diberikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas serta Exco Asrama. Pelantikan ini diharapkan dapat melahirkan murid yang berdisiplin, bertanggungjawab serta berdaya kepimpinan.
Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar kepimpinan dan sesi bergambar sebagai kenangan.

0 komen